Gencatan Politik: Tubuhkan Kerajaan Perpaduan Nasional

Gencatan Politik: Tubuhkan Kerajaan Perpaduan Nasional

Started
19 August 2021
Signatures: 26,012Next Goal: 35,000
Support now

Why this petition matters

Started by Ambiga Sreenevasan

Petisyen Untuk PM Menubuhkan Sebuah Kerajaan Perpaduan

Pandemik Covid-19 telah mendatangkan malapetaka terhadap kehidupan rakyat Malaysia dengan impak yang belum pernah dirasai sebelum ini dalam sejarah negara kita.

Pada tahap ini, lebih daripada 13,000 orang telah meninggal dunia akibat Covid-19 dan jangkitan dan kemasukan ke ICU terus meningkat di luar Lembah Klang. Sistem kesihatan dan “frontliners” kami kini menerima tekanan yang kuat. Ekonomi telah berhenti dan ramai mengalami kesulitan kewangan yang teruk. “Lockdown” yang berpanjangan juga mendatangkan cabaran kesihatan mental kepada ramai orang. Anak-anak kita telah kehilangan masa yang berharga di sekolah.

Pendek kata, kita sedang menghadapi krisis yang tiada tolok bandingnya.

Pada masa seperti ini, kestabilan politik adalah amat penting. Namun, rakyat Malaysia terpaksa mengharungi ketidakstabilan politik dan ketoksikan politik sepanjang wabak ini. Cukup-cukuplah!

Seorang Perdana Menteri yang baru bakal dilantik. Ini adalah Perdana Menteri yang ke-3 sejak PRU-14.

Adalah mustahak bahawa kerajaan yang kuat dan stabil ditubuhkan untuk baki penggal sehingga Pilihan Raya Umum akan datang kerana rakyat Malaysia menghadapi masa depan yang tidak stabil dan tidak menentu.

Maka kami, selaku warganegara Malaysia, kini menyenaraikan tuntutan dan harapan kami seperti berikut: -

(1) Bahawa Perdana Menteri baru yang dilantik membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan Nasional ("National Unity Government"). Kerajaan ini mesti dianggotai oleh perwakilan dari semua parti politik dari kedua-dua pihak dan disubjek kepada pengawasan Parlimen, dengan fokus utama untuk mengemudi negara ini untuk keluar dari pandemik dan ketidakpastian politik. Lebih ramai wanita harus dilantik dalam Kerajaan ini.

(2) Bahawa perkara-perkara berikut harus ditangani dengan segera: -

(A) Menguruskan aspek kesihatan pandemik, dibantu oleh pakar dan profesional bertepatan yang dapat memberikan nasihat saintifik berdasarkan data terbaik yang sedia ada. Dalam hal ini, ketelusan dalam semua aspek penanganan krisis harus diangkat dan data yang tepat harus disediakan dan dikongsikan kepada umum.

(B) Menguruskan krisis ekonomi yang dihadapi kami, dibantu oleh para profesional, dan mengatasi masalah kewangan, gaji dan kesejahteraan sosial yang timbul akibat krisis ini.

(C) Dengan bantuan para profesional, memastikan pendidikan anak-anak kita berterusan tanpa gangguan dan bersiap sedia untuk membuka semula sekolah dengan selamat pada masa akan datang dengan kaedah yang akan melindungi guru dan anak-anak.

(D) Mengecilkan Kabinet kepada angka asas yang diperlukan bagi mencerminkan matlamat (“sense of purpose”) dan langkah berjimat cermat yang harus senantiasa dijunjung dan dipatuhi oleh Kerajaan ini.

(E) Memastikan bahawa Perlembagaan Persekutuan dan Kedaulatan Undang-Undang menjadi panduan bagi segala keputusan yang dibuat dalam usaha ini.

• Kami mempercayai bahawa Kerajaan Perpaduan Nasional adalah satu-satunya jalan ke hadapan. Kerajaan sebegini akan menjaga kepentingan rakyat kerana akan membawa kestabilan, akan melenyapkan insiden "lompat katak" dan akan mengurangkan ketoksikan politik yang sudah berleluasa sejak 2020.

• Ini juga selaras dengan nasihat Raja-Raja bahawa parti yang berkuasa harus bekerjasama dengan pihak pembangkang bagi melaksanakan tanggungjawab secara bersama kepada negara.

Kerajaan Perpaduan Nasional ini harus ditubuhkan sehingga Pilihan Raya Umum berikutnya, di mana selepas itu parti-parti bebas untuk bertanding bersama atau menentang satu sama lain.

#KerajaanPerpaduan
#NationalUnityGovt

-----------------------------------------------------------------------

Petition For PM To Establish A Unity Government

The Covid-19 pandemic has wreaked havoc on the lives of Malaysians in a manner unprecedented in our history. 

At this time, more than 13,000 people have died from Covid-19 and infections and ICU admissions continue to rise outside the Klang Valley. The pressure on our healthcare system and frontliners is extreme.  The economy has ground to a halt and many are experiencing severe economic hardship. The prolonged lockdowns have also caused mental health challenges for many.  Our children have lost precious time in school.

In short, we face a crisis like never before. 

At a time like this, political stability is critical.  Yet far from being stable Malaysians have had to endure political instability and political toxicity throughout the pandemic. Enough is enough!

A new Prime Minister will be sworn in again. The third, since GE 14. 

It is imperative that a strong and stable government is established for the remainder of the term until the next General Elections as Malaysians confront an unstable and uncertain future.

We, citizens of Malaysia, therefore now set out our demands and expectations :-

(1) That the next Prime Minister who is sworn in, establishes a National Unity Government.  This government must comprise representatives from all political parties from both sides of the divide and be subject to parliamentary oversight, with its primary focus being to navigate the country out of this pandemic and political uncertainty.  More women ought to be appointed to this government.

(2)  That the following matters be addressed with all due urgency and speed :-

(A) Manage the healthcare aspects of the pandemic, aided by the right experts and professionals who can provide scientific advice based on the best available data.  In this regard, transparency in all aspects of the handling of the crisis must be adopted and accurate data must be made publicly available and shared.

(B) Manage the economic crisis that we are facing, aided by professionals, and address the financial, wages and social welfare issues that have arisen by virtue of the fallout.

(C) Ensure, with the aid of professionals, that the education of our children continues uninterrupted and prepare for the safe reopening of schools in the future in a manner that will protect teachers and children alike.

(D) Strip down Cabinet positions to a basic number that are required to reflect the sense of purpose and austerity that must be observed and upheld by this government.

(E) Ensure that our Federal Constitution and Rule of Law informs every  decision that is made in this endeavour.

• It is our belief that National Unity Government is the only way forward.  It will serve the interests of the people as it will bring stability, will eliminate “frog leaping” and it will reduce the political toxicity that has been prevalent since 2020.

• It is further in keeping with the exhortation of the Rulers that the party in power must reach across the aisle in a shared responsibility towards the nation.

• The National Unity Government ought to be in place until the next general elections, after which parties may freely contest the same in their respective parties with or against one another.

#KerajaanPerpaduan
#NationalUnityGovt

Support now
Signatures: 26,012Next Goal: 35,000
Support now
Share this petition in person or use the QR code for your own material.Download QR Code